Skip to content

E-Masjid.My - Sistem Pengurusan Masjid Sumber Terbuka (Open Source)

License

Notifications You must be signed in to change notification settings

mfitrie/e-masjid.my

 
 

Repository files navigation

en

E-Masjid.My

E-Masjid.My

Sistem masjid untuk semua

E-Masjid.My ialah sebuah sistem pengurusan masjid percuma dan sumber terbuka (lesen MIT)



Falsafah

Matlamat-matlamat utama sistem ini ialah seperti berikut.

Mudah untuk digunakan

  • Bukan semua orang pakar IT. Mereka bentuk sebuah sistem untuk orang bukan IT memerlukan pertimbangan yang teliti.

Masa untuk menggunakan kemahiran IT untuk berbuat kebaikan

  • Sumber terbuka ialah suatu bentuk sedekah — sesuatu yang dituntut dalam Islam.

Jangka hayat yang panjang

  • Syarikat pengehosan/teknologi mungkin mati tetapi kami berharap dengan menyerahkan projek ini secara sumber terbuka, projek ini dapat hidup lebih lama demi ummah.

Beri, bukan ambil

  • Kita sepatutnya menyumbang kepada komuniti Muslim, terutamanya masjid dan bukan mengambil manfaat daripada mereka.

Prasyarat

  1. GIT https://www.git-scm.com/downloads
  2. Docker Desktop https://docs.docker.com/get-docker/
  3. Node 20 https://nodejs.org/en/download
  4. Go https://go.dev/dl/
  5. VSCode https://code.visualstudio.com/download

Keperluan Minimum Sistem untuk tujuan Pembangunan Sistem

  1. Pemproses: 1.6 GHz atau lebih pantas
  2. Memori: 8 GB RAM atau lebih tinggi

Panduan permulaan pantas (Docker compose)

Fork repo ini

  1. Fork repo ini ke akaun Github anda, contoh https://github.com/<github-user>/e-masjid.my, dengan menekan butang Fork di bahagian atas sebelah kanan laman web ini.
  2. Setelah selesai Fork, klon repo ini ke komputer anda.
git clone https://github.com/<github-user>/e-masjid.my.git
  1. Setelah selesai klon, navigasi ke folder e-masjid.my.
cd e-masjid.my
  1. Ikut arahan seterusnya seperti di bawah bergantung kepada sistem pengoperasian komputer anda.

Linux

sh run-dev.sh

Windows - Gunakan terminal Git Bash di VSCode

sh run-dev.sh

Skrip ini akan membina semua API secara automatik dan melaksanakan arahan docker-compose yang akan menghidupkan 6 container untuk persekitaran pembangunan.

Apabila kesemua container telah hidup, anda boleh menghentikan mana-mana container yang tidak diperlukan dalam tugasan anda.

Panduan untuk menyumbang

Fork repo ini dan hantar Pull Request anda.

Kami mahu input anda! Kami ingin menjadikan penyumbangan kepada projek mudah dan telus, sama ada dengan:

  • Melaporkan pepijat
  • Menghantar pembetulan
  • Mencadangkan ciri baru
  • Menambah baik ciri
  • Dokumentasi
  • Ujian unit

Atau anda ingin berbual dengan kami, cari kami di Discord.

About

E-Masjid.My - Sistem Pengurusan Masjid Sumber Terbuka (Open Source)

Resources

License

Code of conduct

Stars

Watchers

Forks

Releases

No releases published

Packages

No packages published

Languages

  • JavaScript 56.0%
  • SCSS 21.0%
  • Go 20.8%
  • Dockerfile 1.4%
  • HTML 0.3%
  • Shell 0.3%
  • CSS 0.2%